Saturday, August 6, 2011

.Don't You Remember - Adele.



maka benarlah, yang namanya manusia itu sering kali LUPA.

Monday, May 30, 2011

.Tolong Putuskan Tali Layang-layang.

Aku mahu kau menangis berat pada bahu aku.
bukan pada bahu dia, dia atau dia,
ikhlas, luhur, itu mahu aku.

Namun,
Adakah aku lupa,
bahawa aku telah humbankan segalanya dalam laut hitam?
Adakah aku lupa,
bahawa aku biar ia jatuh pada dasar paling kelam, hingga lansung tak nampak bayang?

Pikiran seperti layang-layang,
Cepat! putuskan talinya,
Biar putus jiwa harapan.

Saturday, May 21, 2011

.Bukan kata aku tapi kata jiwa.

Sayup-sayup aku dengar.
Buka mata lalu bangun,
Aku jenguk dari tingkap.

*senyum*

Hujan.

Rindu sungguh aku pada bau hujan.

Monday, December 6, 2010

.Jatuh Air Mata.

Aku ingin ikhlas jadi mendung yang setia dengan hujan.
Air yang sejukkan api.

Selama itu aku cuba.
Selama itu juga aku gagal.

Kata kau, aku remukkan segala jantung hati
Aku rajakan ego diri hingga tulang jasad kau patah!
Sekali suara kau naik, bersama itu suara aku bergegar
Sudah kau tahu selalu aku yang mahu menang
Aku biar rajuk jadi kawan kau yang sejati
Nah Kau!

Waktu itu akulah si pendera hati
tapi sejujurnya, bukan itu yang aku mahu.
BUKAN!

Aku cuma mahu kau senyum.

.Fhana.

Tuesday, October 19, 2010

.a lost battle.

Makin letih,
Ingatan sudah sampai pada penghujung acara,
mungkin jadi lupa, mungkin jadi apa saja.

Tinggalkan disitu.





Monday, October 11, 2010

.Suara pada tuhan.

Lepaskanlah jasad aku dari dendam dalam segenap hati, dari benci yang mengalir dalam darah.

Yang cantik itu , yang hodoh itu,
Semua datang dr Mu ya tuhanku.




Thursday, September 2, 2010

.Sampai Jumpe.

MASALAH 1:

Dulu-dulu, bila jatuh pasti bangun balek,
jatuh lagi, bangun lagi.

Sekarang dah tersembam ke tanah.
jatuh.
tak mampu bangun lagi.


JALAN PENYELESAIAN 1:

????.....sedang cari .....