Aku ingin ikhlas jadi mendung yang setia dengan hujan.
Air yang sejukkan api.
Selama itu aku cuba.
Selama itu juga aku gagal.
Kata kau, aku remukkan segala jantung hati
Aku rajakan ego diri hingga tulang jasad kau patah!
Sekali suara kau naik, bersama itu suara aku bergegar
Sudah kau tahu selalu aku yang mahu menang
Aku biar rajuk jadi kawan kau yang sejati
Nah Kau!
Waktu itu akulah si pendera hati
tapi sejujurnya, bukan itu yang aku mahu.
BUKAN!
Aku cuma mahu kau senyum.
.Fhana.