Tuesday, October 1, 2013

bila semua jadi kosong, BEKU.
campakkan ke dinding hancur lebur,
jatuh berserak sia-sia..

mana jiwa yang bernyanyi dulu,
mana hati yang yang bersatu dengan mu?

Oh maaf! semua tersimpan dipeti besi,
mana mungkin terbuka lagi.

Monday, February 18, 2013

. Rasukan .

Fikiran toleh kebelakang,
cuba gali semua ingatan dalam-dalam,
tak jumpa!tak akan pernah jumpa!

Tak pernah pun hati dirasuk jadi kejam,
tak pernah pun hati nak ditukar dari putih jadi hitam.
Tak pernah!

Tapi....
kenapa hati cuba menyerong dari jalan????
bertegas tak nak terus lurus atas landasan!
Penat dah nak pandu...

Hai hati, tolonglah jangan macam-macam..
Tolong....

Tuesday, December 18, 2012

. Suara .

Jauh pandangan mata pergi,
sejauh hujung pantai yang tak bertepi,

Namun telinga tetap setia di situ,
nampak seperti tak menghirau,
namun satu demi satu patah hinggap sampai ke dahan hati.

Seribu kali maaf,
jika bagimu aku mula lupa,
pada nasihat dan pesanmu yang berharga.

Seribu kali maaf,
jika impianmu tak dapat ku kota.

Seribu kali maaf,
buatmu bapa.

Tuesday, February 28, 2012

.Penari Nista.

Lihat satu persatu,
pada tarian atas dunia...

ada yang menghayun langkahnya malas,
ada yang santun cantik geraknya,

ada yang hasad,
ada yang ikhlas,

rebahkan pandangan pada tanah,
sudah kau selidik diri kau yang mana?

Saturday, August 6, 2011

.Don't You Remember - Adele.



maka benarlah, yang namanya manusia itu sering kali LUPA.

Monday, May 30, 2011

.Tolong Putuskan Tali Layang-layang.

Aku mahu kau menangis berat pada bahu aku.
bukan pada bahu dia, dia atau dia,
ikhlas, luhur, itu mahu aku.

Namun,
Adakah aku lupa,
bahawa aku telah humbankan segalanya dalam laut hitam?
Adakah aku lupa,
bahawa aku biar ia jatuh pada dasar paling kelam, hingga lansung tak nampak bayang?

Pikiran seperti layang-layang,
Cepat! putuskan talinya,
Biar putus jiwa harapan.

Saturday, May 21, 2011

.Bukan kata aku tapi kata jiwa.

Sayup-sayup aku dengar.
Buka mata lalu bangun,
Aku jenguk dari tingkap.

*senyum*

Hujan.

Rindu sungguh aku pada bau hujan.